PERANAN PEKERJA DALAM MELAKSANAKAN AMANAH



Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Terlebih dahulu kami memanjatkan kesyukuran kepada ilahi kerana diberi kesempatan untuk menjayakan tugasan yang telah diberikan . Terlebih dahulu kami ingin memperkenalkan ahli kumpulan yang terdiri daripada :


1. Norainaafza bt Marzuki 
(16DPM17F1085)



2.Noor Ashikin bt Bakar 
(16DPM17F1095)




3.Nur Iylia bt Rosli 
(16DPM17F1093)




4.Nur Fatihah bt Othman 
(16DPM17F1094)

OBJEKTIF ;


Apakah itu amanah? Amanah adalah kepercayaan, kesetiaan atau ketulusan hati. Amanah dalam bahasa arab bermaksud tenteram, aman, selamat dan harmoni. Manusia tidak boleh elak atau lari daripada tidak melaksanakan amanah yang telah dianugerahkan kepadanya. Setiap individu pernah diberikan amanah atau kepercayaan untuk dijaga. Amanah itu ada kalanya berbentuk titipan benda,rahsia,tugas,jabatan dan sebagainya (M.Ali Hassan 1978)

Objektif utama untuk pemilihan tajuk "Peranan pekerja dalam melaksanakan amanah" adalah kerana setiap orang semestinya akan bekerja untuk memperolehi pendapatan supaya dapat terus hidup dengan baik dan selesa. Jadi peranan pekerja dalam melaksanakan amanah seharusnya diterapkan dalam kehidupan masing-masing supaya setiap kerja yang kita lakukan mendapat keberkatan daripada AllahSWT . Oleh itu, setiap individu seharusnya bertanggungjawab dengan amanah masing-masing dan harus menjaganya dengan penuh berhati-hati. Contonya.tugas atau rahsia sebagai seorang yang diamanahkan oleh kita perlu disimpan dengan cermat dan tidak leka serta ambil mudah .Bak kata pepatah amanah harus dilakukan dengan bersungguh-sungguh bukan seperti melepaskan batuk di tangga 


PERANAN PEKERJA DALAM MELAKSANAKAN AMANAH 



Setiap pekerja mempunyai amanah terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara. Bagi pekerja Muslim, memelihara amanah yang diberikan adalah satu tanggungjawab maka hendaklah ditunaikan dengan sebaik-baik mungkin dan tidak menyalahgunakannya sama sekali.

Jika kita seorang majikan sesebuah organisasi , maka kita perlu memiliki amanah untuk memelihara kebajikan pekerja termasuk membayar gaji atau upah bersesuaian dengan kebolehan serta kecekapan mereka, menghormati pandangan mereka, tidak sama sekali menindas serta memerah keringat mereka secra tidak adil dan sentiasa memberikan semangat dalam melaksanakan tugas.

Sebagai pekerja maka di bahu kita menggalas amanah untuk melaksanakan tugas dengan penuh minat, ketekunan, kegigihan dan kesungguhan yang tinggi. Kita diseru agar mengutamakan kepentingan majikan serta organisasi berbanding kepentingan diri, sentiasa berusaha memastikan majikan dan organisasi tempat kita bekerja, mencapai matlamat yang disasarkan dengan jayanya.

Amalan melaksanakan tugas dengan penuh ketekunan, kegigihan dan kesungguhan sememangnya tidak asing bagi seorang pekerja Muslim.

Ini kerana ia telah dilatih dalam kehidupan seharian, khususnya melalui ibadah yang dilaksanakan seperti solat. Al-quran menjelaskan bahawa solat berperanan mencegah orang yang menlaksanakannya daripada menlakukan dosa dan kemungkaran.

Apatah lagi, isyarat tentang ketekunan, kegigihan dan kesungguhan yang menjadi penanda aras bagi pelaksanaan sesuatu tugas oleh seseorang Muslim begitu jelas dalam sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud; " Sesungguhnya Allah menyukai apabila salah seorang daripada kamu melakukan sesuatu pekerjaan, ia melakukannya dengan baik, sempurns lagi teliti." Riwayat al-Baihaqi daripada Aisyah r.a

Begitu juga setiap pekerja atau warga sesebuah organisasimesti sedar akan amanah yang ada pada diri mereka untuk menjalin hubungan yang baik dan penuh kasih sayang antara pekerja. Mereka perlu sentiasa berusaha mewujudkan nilai-nilai mulia dalam hubungan antara sesama mereka seperti bekerjasama, bantu-membantu, bersangka baik, nasihat-menasihati dan sebagainya. Sebaliknya, sikap dan nilai buruk seperti iri hati, saling memudaratkan, hasut-menghasut, berprasangka buruk dan lain-lain perlu dijauhi serta dihapuskan di dalam setiap diri pekerja atau warga organisasi.

Di samping itu, amanah diri pekerja turut dikaitkan dengan sejauh mana mereka dapat melindung kepentingan serta rahsia dalam mempertahankan nama baik atau imej organisasi. Kita ibaratkan sahaja organisasi atau syarikat tempat kitra bertugas sebagai keluarga, masyarakat atau sebuah negara. Maka dari situ kita perlu menjaga organisasi agar tidak terpalit dengan unsur-unsur negatif yang boleh menjatuhkan organisasi berkenaan.

Selain itu, sebagai pekerja kita turut diamanahkan untuk menjaga peralatan serta kemudahan yang disediakan oleh majikan untuk kegunaan kakitangannya. Ini bertujuan memastikan kelancaran tugas yang diamanahkan. Segala peralatan dan kemudahan milik pejabat atau organisasi tempat kita bekerja seperti telefon, mesin fotokopi, kereta pejabat, pencetak dan lain-lain untuk keperluan pejabat perlu dimanfaat hanya untuk tujuan penyempurnaan tugas semata-mata bukan sebaliknya.

Asas kepada nilai amanah seseorang pekerja juga hendaklah sentiasa berusaha memanfaatkan masa bekerja untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan. Ia perlu mengatur perancangan dengan baik agar tiada waktu yang berlalu dengan sia-sia atau sering menunda-nunda kerjanya.

Keadaan ini penting untuk mengelakkan tugasan yang diamanahkan tidak dapat diselesaikan dengan baik menangguh tempoh yang telah diberikan.

Menyentuh tentang sikap gemar menunda-nunda kerja, ia sebenarnya merupakan amalan yang akan mendorong kegagalan seseorang pekerja, sama ada dari sudut matlamat pekerjaan mahupun juga pencapaian organisasi.

Oleh yang demikian, perancangan tugasan yang baik akan dapat membantu pekerja untuk menentukan keutamaan dlam pelaksanaan tugas. Tugas yang lebih penting, didahulukan dan yang kurang mendesak, dilakukan kemudian.

Fikirkan pula jika nilai amanah ini terhakis daripada diri kita. Apakah yang kan berlaku jika masyarakat kita telah mula menerima budaya khianat-mengkhianati, meyakahgunakan kuasa, tidak bertanggungjawan, rasuah dan sebagainya ?

Justeru, cara terbaik untuk memupuk nilai amanah  dalam diri pekerja ialah dengan memanfaatkan semua bentuk ibadah yang difardhukan ke atas diri kita. 

Bahkan seseorang pekerja Muslim sebenarnya amat beruntung kerana memiliki peluang yang amat banyak untuk memupuk nilai amanah . Ini kerana sejak kecil lagi, kita telah diberikan pendidikan keimananan (Rukun Iman) dan bimbingan untuk beribadah (Rukun Islam).

Sebagai contoh, dengan mengerjakan solat pasti dapat menghalang seseorang yang melaksanakan tugas dengan penuh ketulusan dan keimanan untuk tidak terbabit dengan perbuatan menlanggar amanah seperti penyalahgunaan kuasa, salah laku di tempat kerja, ponteng dan sebagainya.

Selain itu, hayatilah nilai amanah Rasulullah SAW yang boleh menjadi teladan yang terbaik dalam kehidupan kita. Nabi SAW yang memulakan perniagaan bersam-sama dengan bapa saudaranya tetapi dalam tempoh masa yang singkat, disebabkan kejujuran dan keadilannya, baginda terkenal di kalangan penduduk Quraisy Mekah sebagai seorang yang sangat jujur lagi amanah sehingga digelarAl-Amin(orang yang jujur) dan Al-Siddiq(orang yang benar)

Oleh itu, pemupukan nilai amanah dala  diri pekerja seharusnya bermula dengan diri sendiri. Jika ini berlaku barulah amanah terhadap orang terutama dalam organisasi kan dapat dilaksanakan dengan sempurna.Ini bertepatan dengan apa yang diungkapkan oleh cendiakawan,"Seseorang yang tidak memiliki sesuatu (amanah), tidak akan dapat memberikan apa pun (amanah)."


Perintah Menyampaikan Amanah
Ayat tentang amanah yang pertama terdapat dalam surat annisa ayat 58 :
إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الأمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا (٥٨)
. Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha melihat.
Baiklah, sebelum kami meneruskan mengenai topik tugasan kami yang telah diberikan , adalah baiknya jika saya menerangkan pengertian dan definisi mengenai "pekerja" dan "amanah" yang setiap satunya mempunyai maksud serta makna yang tersendiri .
PEKERJA : Pekerjaan adalah satu amanah besar yang mesti ditunaikan oleh setiap insan. Pekerjaan tanpa mengira bentuknya adalah baik sekiranya tidak bercanggah dengan syara’. Secara umumnya tiada beza di sisi Allah s.w.t. seorang yang berjawatan tinggi dengan seorang yang berjawatan rendah

AMANAH : Amanah ialah penjagaan hak-hak dengan sempurna dan disampaikan kepada tuannya. Bidang amanah terlalu luas meliputi agama dan kewajipan syara’, kepimpinan, bidang pekerjaan seperti pentadbiran, perniagaan, perkilangan, rumahtangga dan sebagainya. Setiap insan mestilah menunaikan amanah-amanah ini dengan sempurna terutama amanah agama yang asasnya ialah tidak menyembah sesuatu pun selain Allah..
Jenis- jenis Amanah
Di antara amanah yang mesti ditunaikan ialah :

a) Mengetahui bidang tugasnya


•Seorang pekerja yang profesional tidak perlu diberitahu secara berulang-ulang tentang tugasnya. Dia hanya perlu ditunjuk ajar sekali, kemudian dia sendiri akan menyelesaikannya tanpa perlu ditegur lagi. Dia akan menyiapkannya sebelum atau tepat pada waktunya. Dia tidak mengenal erti tangguh menangguh. Contohnya, pembuat soalan yang profesional akan menyiapkan soalan dengan baik dan menghantarkannya kepada penyelaras pada waktu yang ditetapkan. Dia memahami masalah yang akan dihadapi oleh penyelaras sekiranya dia lewat menghantar soalan. Jadi pembuat soalan yang tidak bersifat sedemikian adalah pembuat soalan yang tidak profesional, tidak cemerlang dan berkepentingan diri.
b) Mempunyai rasa tanggungjawab dan tidak membebankan orang lain menyelesaikannya. 

•Contohnya dalam dewan peperiksaan, seorang pengawas atau pembantu pengawas yang profesional mengetahui kerja yang perlu mereka siapkan tanpa ada sifat harap mengharap. Pengawas dan pembantu pengawas mesti bekerjasama dengan ketua mengutip slip kehadiran, mencatat kehadirn dan mengira skrip. Jangan membiarkan ia dilakukan oleh segelintir pengawas atau pembantu pengawas, yang lain duduk di penjuru-penjuru dewan menanti waktu tamat.
c) Melakukan setiap tugas dengan bersungguh-sungguh dan yang terbaik. 

•Contohnya, seorang kerani yang cemerlang akan memastikan surat atau sebarang dokumen yang diperlukan siap pada masa yang ditetapkan.
d) Menunjukkan sifat komitmen kepada kerja dan tidak berdalih. 

•Sentiasa ada ketika diperlukan dan lebih mementingkan kerjanya daripada tugas-tugas yang tidak berkaitan. Seorang staff yang berkaliber akan peka dengan perkembangan di tempat kerja, dia tidak akan menggunakan alasan seperti tidak tahu ada meeting, tidak tengok surat lagi, lewat diberitahu dan pelbagai alasan lain. Sebaliknya dia akan cuba buat sehabis baik dengan menggunakan kepakaran dan kreativiti yang ada sehingga dapat mengubah situasi yang tegang kepada situasi yang tenang tanpa menyalahkan sesiapa.
e) Menjauhkan diri daripada sebarang sifat khianat dan tidak bermaruah, seperti rasuah, pecah amanah, bocorkan soalan dan membuat sesuatu untuk kepentingan diri.

    Rasullullah s.a.w bersabda :
    (آية المنافق ثلاث : إذا حدّث كذب وإذا وعد أخلف وإذا اؤتمن خان – متفق عليه)

    Ada tiga tanda munafiq : Apabila bercakap ia berbohong, apabila berjanji ia mungkiri dan apabila diberi amanah ia khianati.

    Rasullullah s.a.w bersabda lagi. :
    (أربع إذا كنَّ فيك فلا عليك ما فاتك من الدنيا : حفظ الأمانة وصدق حديث وحسن خليقة وعفة في طعمة – الشيخان)

    Empat perkara sekiranya kamu memilikinya kamu tidak akan ditimpa (balasan) terhadap apa yang kamu tidak buat di dunia: Jaga amanah, bercakap benar, berakhlak baik dan mengawal pemakanan (halal dan haram).


    Peranan pekerja dalam melaksanakan amanah

    Amalan melaksanakan kerja sebagai ibadah perlu dilaksanakan dengan nilai amanah, ketekunan dan kegigihan. Malah nilai-nilai ini sememangnya tidak asing bagi seorang pekerja Muslim. Setiap pekerja pasti mempunyai peranan mereka masing-masing dalam melaksankan tugas mereka. Sudah pasti tugas yang diberikan itu harus dilaksanakan dengan amanah. Oleh yang demikian, sesuatu tugas itu , memerlukam pengurusan yang baik supaya tugas dapat dikendalikan secara berkesan agar mencapai matlamat. Jadi,disini kami ingin menghuraikan sedikit sebanyak tentang peranan pekerja dalam melaksanakan amanah :

    a)Bersih, Jujur dan Amanah amalan mulia

    •Pekerja yang bersih, jujur dan amanah mempunyai hati yang ikhlas,  niat yang baik dan jiwa yang murni. Setiap perbuatan, keputusan dan tindakannya dilaksanakan dengan ikhlas,adil dan saksama. Pekerja yang bersih, jujur dan amanah sentiasa mentaati undang-undang dan boleh diberi kepercayaan sepenuhnya untuk melaksanakan sesuatu tuas atau kewajipan itu. Manakala, pekerja yang tidak jujur, dengki, khianat zalim dan tamak akan melakukan pelbagai bentuk peyelewengan, mengutamakan kepentingan peribadi, selalu merungut atau sentiasa menyalahkan orang lain dan mengamalkan sikap pilih kasih.

    b)Cepat, Cekap dan tepat tuntutan kerja

    •Pekerja yang cekap,cepat dan tepat dalam melaksanakan tugasnya adalah seorang yang pandai dalam pekerjaannya dan dapat menunaikan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya dengan baik dan berkesan. Dia sentiasa peka terhadap masa, kualiti dan kuantiti kerjanya dan melaksanakannya dengan bersungguh-sungguh sehingga sempurna dan mencapai matlamatnya dalam jangka waktu yang bersesuaian atau ditetapkan. Menurut Islam, pekerja ini menjadikan pekerjaannya sebagai amal salih dan ibadah kerana Tuhan pada semata-mata mendapatkan keredhaNya jua.

    c)Bijaksana dan menghargai masa asas kejayaan

    •Seorang pekerja yang menggunakan segala kepakaran dan kemahiran dalam melaksanakan tugasnya dengan penuh kesempurnaan. Dia sentiasa mengutamakan tugas daripada kepentingan peribadi dan akan sentiasa berusaha untuk memastikan sesuatu yang dihasilkannya itu bermutu tinggi serta menepati kehendak. Masa adalah umpama emas, berharga dan dihargai. Dengan menggunakan waktu bekerja sebaik-baiknya secara produktif dan berkesan dan bukannya berlengah-lengah  atau sambil lewa sahaja , seseorang itu akan dapat meningkatkan keberhasilan dan kemajuan organisasi.

    d) Berilmu, Kreatif dan inovatif asas kebaktian

    •Pekerja yang berilmu,kreatif dan inovatif mempunyai kekuatan, ilmu pengetahuan, kemahiran, daya cipta dan daya fikir dalam merancang sesuatu secara sistematik dan strategik. Dia juga berupaya memperkenalkan serta melaksanakan keadah-keadah baharu dalam pelbagai bentuk yang boleh memudahkan kerja dan menjimatkan tenaga, masa dan kos serta meningkatkan penghasilan dan mutu serta kualiti kerja. Pekerja seperti ini dapat menyumbangkan jasa baktinya secara amal jariah yang berkekalan dunia dan akhirat.


    e)Sabar,tabah dan bersopan santun amalan terpuji

    •Seorang pekerja yang sabar dan tabah mempunyai daya ketahanan hati atau perasaan dalam menghadapi sebarang tekanan, desakan keadaan sekeliling atau menerima sebarang kesusahan. Dalam keadaan seperti ini, dia tidak akan terburu-buru membuat sesuatu keputusan. Agama bnyak member galakan supaya kita selalu bersabar. Sifat sabar boleh mendidik jiwa seseorang bertambah baik, cekal dan sentiasa dalam ketenangan. Bersopan santun dan berbudi mulia adalah juga sangat dituntut dalam Agama. Sifat-sifat ini juga amat diperlukan dalam Perkhidmatan Awam. Orang ramai atau masyarakat pelanggan sentiasa mengharapkan perkhidmatan yang mesra dam memuaskan daripada pegawai-pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam. Dengan yang demikian, adalah sangat penting dan menjadi satu kewajipan bagi pegawai-pegawai dan kakitangan dalam Perkhidmatan Awam untuk mengamalkan nsifat berlemah lembut, berbudi bahasa, ringan tangan, selalu ceria dan tidak berat mulut untuk melayan orang ramai ketika member perkhidmatan.

    f)Meningkatkan produktiviti dan daya saing menambah penghasilan

    •Pekerja yang produktif tidak setakat berpuas hati sdan berpada kepada satu tingkat pencapaian sahaja tetapi akan sentiasa berusaha meningkatkan prestasi dan memperbaiki kualiti dan memperbanyakkan penghasilan dari semasa ke semasa. Dia akan beriktiar memperbaiki sistem dan prosedur kerja dengan menggunakan sumber-sumber yang ada secara optima. Pekerja yang mempunyai daya saing yang tinggi akan mengambil segala kesempatan yang terbuka kepadanya dan berlumba-lumba untuk mengeluarkan penghasilan yang lebih baik. Dia juga akan dapat mengenal pasti apa yang diperlukan untuk membawa organisasi lebih ke hadapan dan Berjaya
     Peranan pekerja yang bersifat amanah ialah:


    a) Menggunakan masa sewaktu di pejabat dengan sebaik-baiknya.

    •Pekerja yang mempunyai sifat seperti ini, dia tidak terlintas di fikiran atau terniat di hati kecilnya untuk mencuri tulang di dalam pekerjaannya. Pekerja ini juga menghargai masa kerana masa itu emas. Pekerja tersebut tidak akan melengahkan masa atau menangguhkan segala tugasnya kerana ia sangat menghargai masa . 

    b) Membelanjakan atau menggunakan harta awam mengikut peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan.

    •Sebagai contohnya, sekiranya majikan memberi keizinan kepada pekerjanya untuk menggunakan kereta pejabat,maka pekerja tersebut haruslah jujur dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang telah diberi oleh majikan. Sebagai pekerja janganlah kita mengambil kesempatan bagi memuaskan diri sendiri atas keizinan yang telah diberikan oleh majikan.

    c) Tidak melakukan penipuan, penyelewengan dan rasuah 

    •Bagi pekerja yang diberi jawatan dan amanah yang melibatkan wang ringgit, diri pekerja tersebut perlu dipenuhkan dengan sifat kejujuran dan ketulusan.Janganlah disebabkan wang ringgit yang bukan dari hasil titik peluh kita sendiri sehingga kita sanggup mengkhianati amanah kepercayaan yang telah diberi oleh majikan. Disebabkan oleh itu, air muka ahli keluarga akan jatuh serta kita akan dipandang rendah oleh masyarakat sekeliling dan sekiranya suatu hari nanti kita melakukan sesuatu yang jujur, orang sudah tidak mempercayai kita semula 

    d)Menyiapkan kerja dalam tempoh yang ditetapkan.

    •Seorang pekerja yang berdisplin akan menyiapkan tugasnya yang telah ditetapkan.Pekerja tersebut juga tidak mengambil kesempatan kepada staff lain contohnya menyuruh staff lain untuk menyiapkan kerjnya.

    Ciri-ciri seorang pekerja yang amanah :

    a) Bersungguh-sungguh melaksanakan kerja

    •Pekerja yang mempunyai sikap bertanggungjawab untuk melaksanakan tugasnya, dia akan melakukannya dengan bersungguh-sungguh dan bekerja keras untuk mendapat hasil titik peluhnya yang diberkati oleh Allah.

    b) Melaksanakan kerja dengan sempurna


    •Pekerja ini akan melaksanakan tugasnya dengan tepat, teliti dan peka.Jika kita diarahkan supaya melakukan sesuatu kerja dengan sempurna, kita haruslah melakukannya dengan bersungguh-sungguh dan baik. Misalnya, majikan memberi arahan kepada pekerjanya untuk mengendalikan suatu projek yang berkaitan dengan syarikat. Dengan itu,pekerja itu haruslah mematuhi arahan majikannya dengan baik. Sebagai contoh, seseorang pekerja itu haruslah mengendalikan projek tersebut dengan  baik dan jayanya agar kerja yang ditugaskan dapat disiapkan dengan sempurna.

    c) Rasa bersalah jikalau tugas yang dipikul tidak dapat disempurnakan mengikut tahap piawai dan tempoh yang telah ditetapkan
    •Kita mengetahui dan mengakui bahawa sesuatu kerja yang diberikan kepada kita haruslah disiapkan dengan sempurna dan baik. Tetapi jika seeorang itu tidak mempunyai rasa jujur dan amanah salam dirinya, maka kerja yang ditugaskan kepadanya akan menjadi tidak sempurna. Sebagai contoh, seseorang itu akan berasa malas untuk melakukan kerja tersebut dan menangguhkannya kerana tidak mempunyai sikap amanah dan jujur dalam diri.Sejurus itu, individu ini akan rasa bersalah kerana tidak menyiapkan kerjanya dalam tempoh yang diberikan

    d) Menjaga maruah agama, bangsa dan Negara.

    •Sebagai pekerja Muslim , setiap perkara atau tugas yang dilaksanakankan haruslah kita menjaga maruah agama. Kelebihan menjalankan tanggungjawab dengan amanah , martabat agama  islam akan disanjung tinggi oleh agama-agama lain serta kita juga akan dihormati oleh mereka.


    Manfaat beramanah :

    a)Mendapat kepercayaan dan disegani oleh masyarakat .
    b)Disayangi dan Dihargai segala usahanya .
    c)Kenaikan pangkat dan ganjaran lain kerana ketulusan dalam melalukan tugasnya.
    d)Menjadi pribadi yang berwibawa di mata orang lain .
    e)Mendapatkan prasangkayang baik dari orang sekeliling.
    f)Terhindar dari segala fitnah dan dosa besar .
    g)diberi ganjaran akhirat seandainya menunaikan amanah dalam hidup dan mendapat redha daripada Allah 




    Kesan buruk terhadap organisasi jika pekerja tidak mengamalkan sikap amanah :


    a) Melakukan penipuan dan penyelewengan
    b) Menyalahgunakan kuasa dan kedudukan
    c) Cuai dalam menjalankan tugas
    d) Menggunakan waktu pejabat untuk membuat kerja-kerja persendirian
    e) Melakukan kerja-kerja peribadi dengan berselindung di sebalik kerja-kerja rasmi.

    Kesan buruk terhadap individu yang tidak beramanah 

    a) Tidak melaksanakan tugasnya dengan bersungguh-sungguh sehingga orang lain terpaksa membantu untuk menyempurnakannya
    b) Hasil kerjanya diragui dan tidak menepati piawai yang dikehendaki
    c) Tidak menyudahkan kerjanya dalam tempoh masa yang telah ditetapkan; dan
    d) Tidak berusaha untuk membaiki mutu kerjanya.

    Sabda Rasullullah s.a.w. :
    آية المنافق ثلاث : إذا حدّث كذب وإذا وعد أخلف وإذا اؤتمن خان – متفق عليه
    Ada tiga tanda munafiq : Apabila bercakap ia berbohong, apabila berjanji ia mungkiri dan apabila diberi amanah ia khianati.
    Sabda Rasullullah s.a.w. :
    أربع إذا كنَّ فيك فلا عليك ما فاتك من الدنيا : حفظ الأمانة وصدق حديث وحسن خليقة وعفة في طعمة – الشيخان
    Empat perkara sekiranya kamu memilikinya kamu tidak akan ditimpa (balasan) terhadap apa yang kamu tidak buat di dunia: Jaga amanah, bercakap benar, berakhlak baik dan mengawal pemakanan (halal dan haram)

    Mengkhianati Amanah

    Terakhir terdapat dalam surat al-Anfal ayat 27 :
    يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَخُونُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُوا أَمَانَاتِكُمْ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ (٢٧)
    Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui.
    Demikian beberapa ayat tentang amanah yang terdapat dalam al-Quran, semoga kita termasuk golongan orang-orang yang bisa memegang amanah

    TIDAK BERAMANAH BERDOSA ? 

    Allah s.w.t melarang hamba-hambaNya dari melanggar janji dan amanah.Seperti firmanNya
    Wahai orang-orang yang beriman ! Jnaganlah kamu mengkhianati amanah Allah dan RasulNya ,dan janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah kamu , sedang kamu mengetahui salahnya .
    (surah Al-Anfaal:27)

    Maka jelas bahawa Allah melarang kita mengkhianati amanah yang telah diberikan , malah kita dikira berdosa jika amanah itu kita langgar samada dengan sengaja atau tidak sengaja .


    Amat mengaibkan lagi jika kita adalah orang-orang Muslim yang beriman tetapi kita suka untuk pecah amanah atau tidak bertanggungjawab .


    Justeru itu , adakah kita ingin mengendong dosa kita selama-lamanya hanya dek kita melanggar tanggungjawab yang telah diamanahkan?


    Dari Abu Hurairah , Rasulullah s.a.w bersadha : "Tunaikanlah amanah kepada orang yang telah mempercayai kepada kamu dan janganlah kamu mengkhianati orang yang mengkhianatimu"

    (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)



    Image result for PEKERJA


    PANTUN TENTANG PEKERJA

    Pahit ditelan buah peria,
    Kulitnya nipis bukan tebal;
    Jalan-jalan memohon kerja,
    Mencari pitis asalkan halal.

    Ubi berisi dimasak sayur,
    Gulai udang hidangan petang;
    Cari rezeki ikhlas dan jujur,
    Untuk orang yang tersayang.


    PUISI TENTANG AMANAH

    Amanah adalah tanggungjawab
    Amanah adalah beban 
    Amanah adalah hak
    Amanah adalah kemampuan

    Kita yang amanah, adalah kita yang bertanggujawab
    Kita yang amanah, adalah kita yang mampu memikul bebannya
    Kita yang amanah, adalah kita yang mempunyai hak
    Kita yang amanah, adalah kita mampu menjaganya

    Hilang amanah, kita tidak bertanggungjawab
    Hilang amanah, tidak mampu memikul beban itu
    Hilang amanah, hilang jati diri
    Hilang amanah, tiada integriti

    Menjaga amanah insan bertanggungjawab
    Menjaga amanah insan sanggup memikul bebanya
    Menjaga amanah insan berpegang kepada hak
    Menjaga amanah insan yang berintegritiita yang amanah, adalah kita yang bertanggungjawab



    VIDEO TENTANG ETIKA BEKERJA 





    KESIMPULAN 


              Secara keseluruhannya, sebagai umat islam, kita seharusnya menerapkan dan mempraktikkan sifat amanah dalam diri ketika bekerja bagi memastikan setiap tugas yang dilakukan adalah jujur dan mengikut etika bekerja yang betul . Dengan adanya sifat amanah dalam diri, tugas yang diberikan untuk kita akan mendapat kepercayaan oleh majikan. Malah dapat dikenali sebagai Muslim yang baik dan dapat dijadikan contoh kepada orang bukan islam . Janganlah kita mengkhianati amanah yang telah diberikan kerana perkara sebegini amat dititikberatkan oleh agama islam. Ia juga melambangkan akhlak mulia seseorang Muslim tersebut. Bekerja dengan amanah dapat menghasilkan insan yang benar-benar bertanggungjawab dalam melaksanakan apa-apa tugasan.Dengan itu, setiap pekerja hendaklah memainkan peranan sebagai pekerja yang baik dan jujur supaya tidak menimbulkan implikasi yang sangat besar.

              Akhir sekali, terdapat beberapa cadangan yang boleh dipupuk dalam setiap individu mahupun masyarakat. Cadangan yang pertama ialah berhenti berbohong sebagai contoh kita haruslah mengelakkan diri daripada tidak bercakap bohong lagi. Sekiranya kita secara tidak sengaja bercakap bohong, maka kita seharusnya meminta maaf kepada orang tersebut. Untuk mengelak kita daripada bercakap bohong tentang sesuatu perkara , lebih baik untuk berdiam diri atau mengatakan ia adalah rahsia daripada kita berbohong. 

              Selain itu , berfikir sebelum bercakap sesuatu. Kita harus menggunakan hati dan minda kita untuk menyusun dan berfikir kata-kata sebelum kita mengatakannya. Jangan bercakap tanpa kawalan sehingga perkara-perkara buruk keluar tanpa disedari. Bercakap secara perlahan-lahan dan jangan tergesa-gesa supaya kita dapat memberi tahu kata-kata yang baik dan kata-kata yang tidak baik.

              Di samping itu juga, menghukum diri jika melakukan kebohongan ialah isi yang terakhir. Sebagai huraiannya, setiap kali anda melakukan kebohongan, hukumlah diri dengan melakukan sepuluh kebaikan kepada orang lain. Hukuman ini diharapkan kita agar berkomitmen dalam bersikap jujur sehingga mampu menjaga lisan dan berbagai bentuk kebohongan yang merugikan diri sendiri.


    RUJUKAN 


    video etika bekerja dalam islam dari youtube

    petikan ayat-ayat AL-Quran 

    Ulasan